TENTANG KAMI
Sifat berdikari yang kental dalam diri sejak usia remaja lagi sedikit sebanyak memudahkan lagi perjalanan wanita ini dalam memenuhi impian untuk memiliki restoran sendiri.
Apatah lagi dengan pengalaman yang dikutip ketika melakukan pelbagai jenis kerja termasuk membantu keluarganya mengusahakan kedai makan.
Kini, Suriyani Kamaruddin sudah boleh berbangga dengan Bidor Station Kopitiam, restoran idaman yang diusahakan bersama suaminya, Azhari Roslan. Menurut Suryani, konsep nostalgia stesen kereta api Bidor tercetus ketika mengimbas memori silam yang cukup terkesan di dalam jiwanya.
Anak kelahiran Teluk Intan dan membesar di Bidor, Perak. Bidor merupakan salah sebuah stesen kereta api tertua di dunia. Menurut Suryani lagi, konsep nostalgia stesen kereta api Bidor tercetus ketika mengimbas memori silam yang cukup terkesan di dalam jiwanya.
"Saya dibesarkan dalam keluarga yang berniaga. Warung keluarga berdekatan dengan kawasan stesen kereta api lama di Bidor, Perak. Dia dan adik-beradiknya sering bermain di sekitar stesen tersebut ketika kecil. Namun, pada hari ini stesen itu hanya tinggal tapak dan terletak tidak jauh dari Kampung Baru Bidor Stesen. Stesen Keretapi Bidor telah lama dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan landasan berkembar.
"Apabila usia meningkat remaja, selalu juga terutama ketika cuti sekolah emak meminta saya membantunya di warung." "Dari situ saya mula minat berniaga dan menanam keinginan untuk memiliki restoran sendiri suatu hari nanti," katanya. Malahan, nama Bidor Station dipilih bagi membangkitkan nostalgia silamnya ketika membesar di pekan Bidor, biarpun dilahirkan di Teluk Intan, Perak.
Menyentuh mengenai menu-menu yang disediakan restoran itu, kebanyakannya adalah ilham daripada hidangan yang disediakan oleh ibunya sewaktu membuka warung di kampung dulu. Tidak hairanlah kebanyakan menu di Bidor Station Kopitiam tidak jauh bezanya dengan masakan kegemaran masyarakat di daerah itu.
Setiap meja mempunyai papan tanda yang mengambil nama sempena stesen kereta api dari Kuala Lumpur hingga Taiping.

LOGO KAMI
Video - Majlis Perasmian Bidor Station Kopitiam
Oleh Datuk Seri Zahid Hamidi
|
|
Video Persembahan Di Majlis Perasmian
Bidor Station Kopitiam
|
|