MENU PILIHAN
Setiap menu yang kami disediakan pasti menepati cita rasa pelanggan seperti yang pernah dinikmati ketika kecil di kampung.
Antara menu istimewa yang jadi tumpuan pengunjung adalah nasi goreng Bidor yang disaji bersama ikan kembung rebus digoreng. Rasa masam-masinnya, ditambah pula dengan ulaman petai segar dan sambal belacan, amat menyelerakan. Nasi goreng bersama ikan lengat goreng sudah cukup membuatkan mereka yang menggemarinya untuk datang semula. Tidak hairanlah kebanyakan menu di Bidor Station Kopitiam tidak jauh bezanya dengan masakan kegemaran masyarakat di daerah Bidor. Selain nasi goreng Bidor, mi rebus, laksa, mi kari dan mi udang antara yang menjadi tumpuan. Nasi lemak dan nasi goreng ayam Ringgo turut diminati. Pilihan popular lain seperti nasi goreng Mak Uya, mi udang Nyonya, nasi lemak dan nasi goreng ayam Ringgo.
Sebagai pembasah tekak pula, pengunjung boleh merasai minuman pelbagai rasa dan warna seperti Shirley Temple, Blue Lagoon Pop, Strawberry Pop, Special Coconut Shake dan Lovely White Coffee selain barisan minuman yang menjadi kegemaran sepanjang zaman.
Sebagai tambahan kepada menu istimewa, tahun ini, ditampilkan pelbagai jenis lempeng seperti lempeng aiskrim dan lempeng pisang bersama sambal ikan bilis, selain bubur pulut hitam dan kacang hijau.