Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke Bidor Station Kopitiam, pastinya nostalgia silam akan mula bermain di fikiran. Anda akan terpukau dengan dekorasi yang mengimbas nostalgia stesen kereta api yang terdapat di utara tanah air. Kopitiam yang dimiliki Suryani kamaruddin ini telah dibuka pada 11 November 2009. Beliau yang membesar di Bidor, Perak yang merupakan salah sebuah stesen kereta api tertua di dunia. Dekorasi binaan yang ala rumah kampung Bidor Station Kopitiam pastinya sedikit sebanyak menghilangkan rasa rindu pelanggan terhadap kampung halaman mereka. Ditambah pula dengan lantai kayu dan reka bentuk kaki lima yang direka seperti beranda rumah kampung membuat Bidor Station Kopitiam yang lain daripada kebiasaan. Dalam pada itu untuk mencetuskan suasana selesa ketika menjamu selera, beliau memilih tata hias berkonsep tradisional dan klasik. Selain daripada itu, perkhidmatan Wi-Fi turut disediakan bagi mereka yang ingin melayari Internet.
Kami merasa amat bertuah kerana Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudi merasmikan Bidor Station Kopitiam ini pada 20 Januari 2012.